Saturday, 30 May 2015

About me

Assalamualaikum, Hi  :)

Ok! semua murid pi buat satu bulatan dan kita akan mulakan sesi ice breaking yang digemari ramai!. Digemari RAMAI? ramai? ramai??? Biaq betoi cikgu! Cikgu biaq betoiii! T_T 

Oh tidak! kalau boleh dalam hidup ni nak lari from ice breaking session. Dulu masa sekolah, the first thing kita akan buat kalau pi kem jati diri ialah ice breaking. Bukan nama jati diri lah kalau takda sesi tu. Ada certain tu yang terlebih excited, ada yang tongkat dagu tinggal tunggu kepala nak jatuh je sebab tunggu orang habis turn. Hi nama saya Nabila! Hi saya Lee! Vanakkam saya Logesh! pelbagai jenis nama kita dengar. Sedap-sedap belaka. Tapi sayangnya habis je satu bulatan besar tu automatically kita akan lupa nama dia. Tak sampai satu saat dah start panggil "Eh" dan "Eh" tu jugaklah yang akan lekat sampai habis kem. I lah yang selalu panggil orang "Eh" tu. Haa tu lahh, sapa suruh minum ayaq limau ais bersemut sebab tu nama susah nak melekat ke dalam benak minda. Liat sangat. 

Tapi lepas post ni. Jangan lah panggil I "Eh" ye. Jasamu dikenang selagi ingat nama I. #eh Alright! lets beginnn. Selalunya orang panggil I, Dak as if badak. Nak nampak commercial sikit, instead of 'k' i tukar 'q' so Daq. Biar berdengung sikit. HAHAHA. I tak tau 'kenapa' (padahal tau je reason kena panggil badak tu tapi buat-buat tak tau)  but my friends love to call me Dak wherever, whenever and whatever they do. They just have to call me with that name even in front of my parents. Redha je lah kawan punya pasai. Kadang-kadang orang panggil, Izzah or Ika. If i dengar nama tu, automatically my reaction was like 'I hear u call my name and it feels like home'. *lelambai sambil nyanyi lagu I'm coming Home by J.Cole, padahal kat kolej assignment tak siap lagi nak coming home it seems* lols. Jarang-jarang orang panggil, Syafiqah except for my father's side. If dengar nama tu confirm family i, no one else. Memang dah cop kat dahi tu Syafiqah takda nama lain dah. 

Tarikh lahir? 
Hmmm i lahir dalam tahun ayam so cepat cari calendar kedai emas mak awak and cari tahun ayam tu tahun bila. Dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru. So, I'm totally a Johorean. Johor pipol yawwww Hidup JDT! uupsss. Takut kena bash.   

Study mana? 
I ada 2 tadika. My first tadika was Tadika Larkin walaupun sebenarnya i stay kat Skudai. *try google map Skudai dan Larkin. Padahal tadika tu sebelah rumah je. Dari mana datang Larkin pun tak tau. Mengaku je lah Tadika Skudai ooooiii. 2nd tadika ialah Tadika Nuri. *Nuri is the best lalala. Cikgu kat tadika ni lah yang berjaya melembutkan ranting kayu ni (I letew) sehingga menjadi kayu yang berguna. Kat tadika ni lah I belajar menari. Cakap je lah menari apa, zapin? hindustan? small matter babe. Semua tarian Daq balun. Tapi jangan lah request masa umur dah meningkat naik ni. Tak dapat nak tolong. 

Now, kita pi ke zaman angkat tangan masa beratur supaya barisan lurus a.k.a zaman 1 4 3 (i love u dalam nombor) iaitu zaman sekolah rendah. It was the best time eva. Sekolah  Kebangsaan Taman Tun Aminah 1 merupakan tempat bermulanya zaman kegemilangan Daq. HOHOHO. *gelak berlagak* padahal zaman kegemilangan main cop tiang, lawan pemadam, ceper, galah panjang, snap dan sebagainya. Heaven gila. Sometimes i wish i could just be a little kid again. So when life gets tough you can just play pretend.

 Then, form 1-3, i sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai dan form 4-5, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru atau lebih terkenal dengan nama TIJB *hehhehheh(smirk). Pelajar TIJB je akan tau kenapa my reaction was like that. *hehhehheh(smirk)again. Zaman sekolah menengah adalah zaman budak-budak baru nak up. Pelajar perempuan semakin cantik dan pelajar lelaki pula semakin bergaya. i? selekeh forever. HAHAHA.  Cikgu sekolah TIJB lantik i jadi Ketua kelas. I was like cikgu, diri sendiri pun tak boleh handle lagikan nak handle yang lain. hancuss! HAHA sebab tu kelas i wanted kat sekolah tengoklah sapa yang handle. Hmmm..takpa lah... at least cikgu-cikgu ingat jasa i sampai bila-bila. Seriously jasa? But i didn't contribute anything. HAHAHA.
Terima kasih cikgu :* 



Alhamdullillah dengan berkat doa semua, I dapat masuk foundation UPM (ASPER). Asasi Pertanian merupakan zaman kesedihan sebab i tak pernah berpisah with my parents. Cuba bayangkan Kl-JB jauh beb. 4 jam beb. Menangis sampai ayaq hingus meleleh-leleh lepastu sedut balik. Takes time jugaklah untuk i adapt to the new environment. But now i'm okay, i'm alright, *fliphair* takda dah nangis kat partition sendiri dalam bilik tu sambil pegang gambar cover dengan pintu almari taknak roommate lain nampak. I dah matang. Tu semua dah berhabuk. HAHAHA  

I have grown up!

Now, I'm currently studying in Chemical Engineering at UPM. Sebab apa UPM? sebab once u agree nak masuk ASPER, degree pun you akan buat kat UPM. So senang lah, takyah pikiaq nak masuk uni lain. Tapi kan, till now i pun tak tau why did i choose chemical engineeering. Nak kata A+ add math jauh sekali huruf F yang menghampiri. *garu kepala* Dah nak masuk sem 7, persoalan Apa yang kita study? still tak terjawab dan tak tau bila akan terjawab. Kalau tanya lecturer pun persoalan tu akan ditanya balik kepada kita so the answer is tak payah tanya. No point HAHAHA. Sama-samalah kita berdoa agar persoalan ini dapat diakhiri dengan sebuah jawapan. Penantian itu suatu penyiksaan. 

 
Family?   
Orang selalu tanya Awak anak ke berapa? It's either i jawab 3 or 2. Haaa... nak tau kan kenapa i ada choice adik-beradik. Before that, lemme explain! Kalau i jawab 3,  boleh menyamar yang i ada abang dan adik *tettenetnettenettt and if i jawab 2, means i adalah kakak yang mempunyai satu adik. Tapi orang tak tau yang adik tu kucing (Hazel). Jarang orang tanya adik sekolah mana so boleh lah tipu harus (tipu sunat invalid). I hentam je lah sekolah yang i rasa hebat dan popular HAHAHA . Orang just tanya adik lelaki ke perempuan? Then i jawablah perempuan. Sumpah yang ni nak tipu. Hazel memang perempuan. I dah check and confirm! Kejantinaan tidak diragui sama sekali. HAHAHA k over. 

Sebenarnya ada reason i buat macam ni bukan saja-saja. I merupakan anak tunggal dalam family bukan tunggul. Aipp aippp watch out! Sebagai anak tunggal, i kurang gemar orang mempersoalkan, Sorang je? Kenapa takda adik or abang or kakak? Macam tak best je sorang? ehemehem Excuse me, tuhan nak beri rezeki dan peluang i hidup seorang dan main semua permainan yang ada tanpa ada gangguan. Jealous lah tuuu *one more time, fliphair!* Hidup sebagai anak tunggal tidak ada beza dengan anak-anak lain yang ada
 adik-beradik. Kita still ada teman untuk bermain, berkongsi, meluahkan perasaan dan bergurau but maybe bukan kepada adik atau abang atau kakak tetapi ibu bapa dan 
rakan-rakan kita. Tidak ada cacat cela walaupun tidak mempunyai adik-beradik disekeliling  asalkan orang yang tersayang ada disamping kita. Family is all that matters and Hazel is part of my family too.  


Ni lah Hazel. Adik dan musuh dalam selimut saya. :p


Alright! I think that's all for now. 
Harap semua ada sedikit review tentang diri Daq. 
Wait for another post. 
:)










No comments:

Post a Comment